Kerjaya dalam kelab Ferris Danial

Harimau Muda

Beliau memulakan kerjaya profesional bersama Harimau Muda dari tahun 2010 hingga 2014 di bawah latihan Ong Kim Swee.[3]

Felda United

Pada 12 Disember 2014, Ferris diumumkan sebagai pemain baharu untuk Felda United, selepas dilepaskan daripada Harimau Muda.[4]

Pada awalnya, Ferris terlibat dalam pertelingkahan kontrak antara pasukan negeri kelahirannya, Kelantan dan Felda United,[5] dan ia selesai pada Mac 2015 selepas persetujuan bersama antara kedua-dua pasukan dicapai. [6] Ini sekaligus menyebabkan beliau terlepas perlawanan tiga bulan pertama bagi musim tersebut, akhirnya membuat kemunculan pertama dengan Felda United, sebagai pemain simpanan, pada 8 Mac 2015 menentang LionsXII dalam perlawanan liga.[7]

Terengganu

Pada November 2016, Ferris meninggalkan Felda United untuk menyertai Terengganu.